~Man ana?~

My photo
"...Pahit tidak semestinya hempedu kesedihan, tetapi penawar kemanisan kebahagiaan...rawatlah hati..kembalilah kepada Yang Empunya Hati(^^,)k"

Monday, October 4, 2010

~Sebuah Perjalanan Baru~

Sebuah perjalanan baru bakal bermula buat diri ini dan sahabat-sahabat walaupun dimana kita berada. Kadang-kala berat kaki untuk melangkah jauh, namun perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Moga liku-liku perjalanan itu dapat dilalui dengan baik. Bukan suatu yang mudah untuk menggapai kejayaan, tambahan pula berada jauh dengan kemajuan. Namun itu semua alat tambahan sahaja.. Masakan ada pelajar yang hebat, jika tiada guru yang hebat mendidiknya?
Moga teman-teman dikalangan guru yang hebat tersebut. Biar jatuh tersungkur, tetapi tidak pernah berputus asa. Ujian ada di mana-mana, sesuai dengan kehendakNya. Maka janganlah sesekali berputus asa dengan Allah. Semoga berjaya sahabatku ;)

Sunday, September 19, 2010


Posting oh posting!!

Pastinya ramadhan yang lalu telah memberikan sebuah perubahan besar dalam hidup menjadi hamba yang semakin dekat denganNya dan pastinya pabila surat posting tiba di rumah masing-masing. Bagi yang bakal berangkat ke seberang pastinya surat yang diterima lebih awal. Bagi yang berada di semenanjung, pastinya sudah ketahui tempatnya kini. Pelbagai ragam dan komen-komen yang telah tersebar luas melalui pelbagai saluran. Tidak kira lelaki atau perempuan, pastinya mempunyai pandangan masing-masing mengenai tempat yang bakal mereka curahkan ilmu.

Memang benar, berat untuk tinggalkan tempat sendiri, dalam pelbagai keadaan, ada yang ibu bapa semakin uzur, keadaan yang sering tidak menentu, keselamatan dan pelbagai lagi. Namun segalanya ada hikmahNya. Hikmahnya bukan untuk dicari, tetapi antara jelas dirasai atau segalanya menjadi rahsia Allah. Mungkin kata-kata begini sebagai penenang hati, namun siapa yang lebih berhak dalam pengaturan hidup kita jika bukan yang Empunya Hati?
fikir-fikirkan, anda buat, anda rasainya;)

Thursday, July 29, 2010

~SEGALANYA KETENTUANMU~



"Ya Allah,
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Ya Allah,
seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku
dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka jauhkanlah aku daripadanya
dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun
kemudian redhailah aku dengannya".


Amin ;)

~UNTUK MU SEORANG PERMAISURI HATI~

"sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberikan sesuatu,
dia bersyukur.
dan bila tidak diberikan apa-apa,
dia bersabar,
yang menyenagkan hatimu,
bila kamu melihatnya,
dan mentaatimu,
bila kaum menyuruhnya"

Monday, July 26, 2010

~Bersabarlah~

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Monday, June 7, 2010

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين

"Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"

Sunday, May 16, 2010


~Dulu & Kini~
(Gambar:semasa slot muhasabah(jasa ibu&ayah) di SMK Batu Muda,KL)

"hampir 6 tahun meninggalkan alam persekolahan yang banyak memberikan kenangan samada manis atau pahit...pastinya yang tidak mungkin luput dalam ingatan di alam persekolahan ialah guru-guru yang bersungguh-sungguh mendidik para pelajarnya...

kini...
bila berada di tempat mereka....barulah aku faham dan mengerti bahawa tugas guru bukanlah mudah..mendidik hati-hati manusia supaya menjadi insan yang berjaya dunia&akhirat.

TERIMA KASIH CIKGU!
pastinya tugas ini akan dilakukan dengan sebaik mungkin...
mereka amanah kita...moga pahit getir dalam dunia pendidikan ini, Yang Empunya Hati memudahkan segala urusan kita. insyaAllah(^-^)k.
SELAMAT HARI GURU buat ibu&abbah,guru/ustaz/ustazah/pensyarah(SK TAMAN SELASIH-GOMBAK-SK PANTAI BESAR,S AGAMA RAKYAT PANTAI BESAR,SMK JELAI,SMK DATO' KAMARUDDIN,SMKA KERIAN,SMKA SULTAN AZLAN SHAH-PERAK-UKM-BANGI-UIAM-GOMBAK-SMK BATU MUDA-KL) serta seluruh pendidik diseluruh dunia pendidikan.

Friday, May 14, 2010


~Kisah Kucing & Ular~

Hari ini(14/05/10) ada kisah menarik dalam isi khutbah jumaat...kisah Imam Malik r.h.m...
"suatu hari Imam malik sedang menikmati makanan, tiba-tiba datang seekor kucing lalu menerkam lauk (daging) dari tempat makanan. Imam Malik terus mengekori kucing itu. sampai di suatu tempat, dimana ada sebuah lubang....disitulah kucing tersebut melemparkan daging tadi..Imam malik menghampiri lubang tersebut lalu dilihat seekor ular yang mengalami luka akibat terkena panah......MasyaAllah. hebatnya Pencipta...ingin disampaikan sesuatu maksud melalui perkara yang berbeza....walaupun kedua-dua haiwan itu mempunyai sifat yang berbeza...tetapi keprihatinan terhadap satu sama lain amatlah baik.bagaimana pula manusia yang dikurniakan akal?...lihatlah pelbagai masalah sosial yang sukar dibendung kini adalah berpunca salah satunya dari sikap tidak prihatin terhadap satu sama lain. Jangan Jaga tepi kain orang?benar.....tapi pada perkara seperti mengumpat&fitnah. moga kisah tersebut membuka minda kita. insyaAllah. wallahualam(^^,)k

Blog Archive